Arkib
Baru 2 ini ada seorang yg berpangkat Datuk Sri datang jumpa saya dan pada waktu itu saya dari kebun lalu saya singgah sebentar diwarung kopi, jadi Datuk tu datang nak berjumpa dengan saya dan pada masa yg sama ada seorang yg baru pulang dari kebun seperti saya memberi salam lalu menghulur tangan untuk bersalam tiba2 Datuk tadi tak mahu berjabat salam kerana tangan org itu kotor sebab ada getah sekerap,kemudian selepas sy melihat sikap Datuk tadi sy terus tak mahu melihat mukanya dan bercakap dengan Datuk itu, lalu Datuk tadi berkata mengapa ustaz tak mahu melihat dan bercakap dengan saya, macam seolah2 saya tak ujud mcm dah mati.
Lama saya merenung muka Datuk tu lalu saya berkata Datuk tak mati lagi tapi JIWA dah mati........
Comments
Post a Comment